MOTTO , VISI DAN MISI


MOTTO
KESUNGGGUHAN KUNCI KECEMERLANGAN




VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG




MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Logo sekolah


  • Buku melambangkan ilmu pengetahuan, iaitu pelajar-pelajar SMK kamarul Ariffin berilmu dan bermoral tinggi
  • Roda melambangkan zaman ledakan teknologi maklumat
  • Pokok-pokok melambangkan pertumbuhan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang selaras dengan falsafah pendidikan negara
  • Matahari melambangkan pendidikan mencerah masa depan pelajar-pelajar
  • Warna melambangkan keharmonian warga Sekolah menengah Kebangsaan kamarul Ariffin

Sejarah sekolah

Smk Kamarul Ariffin telah dibuka pada 4 Januari 1999. Nama asal sekolah ini ialah SM Tenang bersempena nama Kampung tenang, Labis. Sekolah yang dibina di atas tapak seluas 6.0259 hektar mula dibina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Pada awal pembukaan sekolah ini , murid yang mendaftar ialah seramai 217 orang yang ditumpangkan di SMK Munshi Ibrahim Labis. Tingkatan yang awal dibuka kepada pelajar ialah tingkatan 1,2 dan 4. Sejarah SMK kamarul Ariffin bermula secara rasminya pada 7 Jun 1999 apabila semua pelajarnya yang berjumlah 288 orang telah berpindah kebangunan sendiri dengan tenaga pengajar seramai 21 orangguru dibantu 5 orang kakitangan sekolah. Bermula dari tarikh inilah SMK kamarul Ariffin mencipta sejarah dari tahun ke tahun. Pada tanggal 6 Julai 2006, nama sekolah SMK Tenang telah ditukar kepada nama baru iaitu SMK Kamarul Ariffin bersempena nama asal TOK TENANG sebelum beliau berhijrah ke TAnah melayu dari Tanah Minangkabau.